Sunday, 30 June 2013

KECEDERAAN

Topik Dokumentasi Minggu Ini: Kecederaan atau kemalangan ketika mendaki. Tulis dalam 100-200 patah perkataan. 

Tip Menulis Travelog: Tulis dengan jelas sehingga pembaca dapat rasa apa yang anda rasa, dapat lihat apa yang anda lihat, dapat hidu apa yang anda hidu. Pendek kata, pembaca seolah-olah berada dalam suasana penulis.

Friday, 28 June 2013

GUNUNG PERTAMA

Ghazali Bunari  Topik Dokumentasi Minggu Ini: Satu Pelajaran Penting Dari Gunung Pertama Anda dalam 100-200 patah perkataan. (Boleh cerita gunung lain selain Panti dan Datuk.)
Tip Menulis Travelog: Terus mula fokus kepada peristiwa/ pemerhatian yang menarik, tidak perlu menulis ikut urutan masa bermula dari perhentian bas.
June 24 at 2:54pm near Johor Bahru Seen by 67

Melody Teratai sebagai permulaan persediaan dari segi mental kena kuat perlu terus sasarkan dalam jiwa dan mental "SAYA NAK SAMPAI KE PUNCAK GUNUNG WALAU APA CARA SEKALIPUN" psykologi diri sendiri agar tidak mengalah , beban barang berat, atau dipotong sahabat lain tidak mematahkan semangat.. anggap kesungguhan sahabat yang memotong itu sebagai dorongan untuk anda teruskan langkah sambil bertasbih pada Allah swt jika nampak jalan yang pacak sebutlah Subhanallah.. jika jalan mendatar sebutlah alhamdulillah dan jika perlu memanjat atau ada kesukaran sebutlah Allahuakhbar..
June 24 at 3:00pm ·

Debunga Chenta Gunung Panti adalah gunung pertama yang aku daki. Sepanjang jalan mendaki ke atas perasaan sesal dan perasaan ingin maju terus ke hadapan bersilih ganti. Kekadang dakian ku berteman, kekadang pendakian ku berseorangan. Tatkala berseorangan dan tersandar di perdu pokok terdetik rasa "cukuplah.. aku give up". Aku dah tak peduli jika ada pacat yang ingin menikmati darahku, namun dengan semangat yang masih bersisa aku teruskan juga langkah kaki yang kian goyah. Suara batinku berbisik "jangan pandang ke atas, kelak kau rasa perjalananmu tiada noktah, cukuplah sekadar memandang di mana kakimu akan melangkah". Bila terserempak dengan En. Abdul Hamid Abdul Rahman pertanyaanku adalah sama "Jauh lagi ke En. Hamid??" Jawapnya "Nak patah balik jauh, kedepan tak berapa jauh" Sambil mengongoi didalam hati menyesali betapa lemahnya diri ini, hatiku membentak, kalau mereka boleh, aku mesti boleh juga! Alhamdulillah Gunung Panti berjaya ditawan w/pun ketibaanku agak lewat berbanding yang lain, aku semakin yakin dimana ada kemahuan di situ akan pasti ada jalannya.
June 24 at 3:06pm ·

Ghazali Bunari Saya sesat 5 minit di gunung Panti, gunung pertama saya. Saya masih mentah dan segan bertanya orang yang lebih berpengalaman. Lagi pun apa yang nak ditanya itu hal sensitif seperti buang air kecil. Ketika kumpulan saya berehat, saya letak beg dan pesan mereka untuk tunggu beg saya. Saya terus masuk dalam hutan. Saya tidak mahu mereka nampak saya, lantas saya terus masuk sehingga saya tidak nampak mereka. Dalam masa yang sama, saya cuba hafal bentuk pokok agar saya tahu jalan pulang. Bila selesai urusan, saya terpinga-pinga hilang arah. Semua pokok rupanya sama, kepada saya. 5 minit juga saya tercari-cari jalan keluar, sikit lagi nak azan. Nasib baik ahli kumpulan saya galak berbual dan ketawa-ketawa. Suara mereka membantu saya mencari arah pulang. Pelajarannya, beritahu kawan bila hendak khadak hajat dan tanda jalan anda.
June 24 at 3:12pm ·
Debunga Chenta En. Ghazali Bunari next time kene bawak reben, heheheh, jalan 5 tapak ikat riben heheheheh barulah kembali dengan selamat... June 24 at 4:04pm

Hatta Mhs Gng pertama daki Kinabalu. Tahun 1997. Sponsored by co’s. Sahut cabaran kerana co’s hendak 3 org shj. Mmg suka cabaran. Latihan sendiri. Mmg penat daki & sakit kaki bila turun. Pengajaran : Latihan jog 2x smggu x cukup dan perlu cari kasut sesuai. Lps btahun2 x daki sehingga join UTM ada daki Ledang pd Sept 2011. Berminat & komited utk sertai UTM High Achievers ni sbb ia prog. yg sihat. Latihan intensif yg konsisten ada utk pastikan disiplin dipatuhi. Gng. Panti, gng Datuk & senarai gng2 dlm latihan adalah yg pertama. In Sha Allah, 2 selamat didaki. Motivasi : semangat & determination diri. Kerana jika dalam hati kata boleh, in sha Allah ada jalannya. If u believe in yourself, anything is possible.
June 24 at 3:38pm ·

Shima Sham G. Panti yg pertama.. tahun 2010.. mungkin sbb x bpe tinggi, perjalanan x bpe mencabar.. Yg paling mencabar adalah G.Belumut.. ketinggian yg hampir sama dgn G.Datuk.. tp perjalanan yg sgt2 mencabar mental & fizikal.. baru sejam mendaki, perasaan nk berpatah balik sgt tinggi.. tp tetap diteruskan juga atas sokongan kwn2.. kemuncak G. Belumut - puassss... akhirnya walaupun dgn kudrat yg semakin menipis masa mendaki, puncak Berlumut berjaya jugak kami jejak.. perjalanan turun sekali lg menguji mental, jalan dah jauh, tp masih x sampai2.. kul 7 mlm tiba di kaki gunung, mlm hari sambung dgn bbq.. hilang semua penat.. rasa bangga dgn diri sendiri.. June 24 at 3:42pm · Unlike · 3 Melody Teratai Gunung stong 1422m dan Gunung ayam 1504m adalah 2 gunung pertama yang serentak saya mendaki semasa masih belajar di UUM dan ini lah titik tolak minat saya dalam menggunung yang mengajar saya jangan mengalah walaupun puas saya menyumpah seranah diri sendiri kerana kerja gila mendaki gunung dengan berat badan yang melampau dan masalah pernafasan yang teruk, apatah lagi assignment banyak tak siap lagi. tapi nekad mendaki juga koz time ni hehhe saya baru lepas putus cinta konon nak lari naik gunung cari kedamaian tapi hampeh, banyak menangis dan muntah. tak lalu makan. namun semua itu berubah apabila menikmati keindahan alam di puncak gunung dan dari sinilah saya belajar petua mendaki seperti di atas tu... alhamdulillah saya lebih bersemangat mendaki dan amalkan petua yang diberikan guide gunung stong..
June 24 at 3:42pm ·

Zulkifli Ahmad Sewaktu turun dari gunung panti, saya dan beberapa orang rakan telah sesat..gagal mengikuti tali merah yg diikat pada pokok sepanjang laluan kerana terdapat laluan yg mengelirukan. Cuba mencari jalan keluar dgn mengikut saja naluri hati, tetapi tidak berhasil. Sudahnya, terpaksa meredah anak sungai utk mencari jalan keluar..setelah gagal mencari jalan keluar, keputusan diambil utk menunggu rakan2 lain ditempat asal di persimpangan sebelum berjumpa anak sungai tadi. Setelah berbincang, keputusan dibuat utk mengikut satu lalaun fiana tetdapat tali merah yg sebelum ini telah kami lalui tetapi kurang yakin dgn laluan tersebut. Setelah beberapa ketika berjalan, mujur salah seorang dari rakan dapat mengenalpasti laluan asal. Akhirnya kumpulan kami berjaya keluar dan sampai ke kaki gunung panti walaupun laluan tersebut sedikit tersasar dari laluan asal. Pengajarannya ialah keputusan yg dibuat secara berkumpulan @ bermusyarah adalah lebih baik dari sebarang keputusan yg secara berseorangan. Kita juga perlu menghormati pandangan & idea yg diberikan oleh rakan2 walaupun dari mereka yg baru dikenali. Perasaan ego juga perlu kawal secara positif...
June 24 at 4:19pm

Syazli Tahir Gunung Berlumut yang pertama didaki pada tahun 1993. Masih muda dan bertenaga (19 tahun ketika itu) dan tidak ada apa-apa masalah dan terus bersemangat untuk terus mendaki gunung lain. Masa tu masih belajar peringkat Matrikulasi dan disertai 40 orang rakan dan berkhemah sehari sebelum mendaki. 2) Gunung kedua didaki Kinabalu pada 2002. Masih bujang ketika itu dan hanya alami kesakitan otot apabila sampai semula di Timpohon Gate. Antara yg awal sampai di puncak pada pagi tersebut. 3) Tapi G.Panti adalah yang paling terseksa untuk didaki..mungkin kerana saya dah terlalu lama tidak excercise secara agressif dan amat kurang bersukan.
June 24 at 4:19pm ·

Tifah Kusin kali pertama jelajah hutan Taman Negara endau-Rompin 2011, hampir 2 minggu tidak boleh bersila, 2012 jelajah hutan kat Tasik Chini, ok aje.. daki G Panti.. lambat spai puncak..tp tetap sampai...solat guna kerusi hampir seminggu...g.. datuk..spai puncak juga...walau lambat...lutut tetap sakit juga...tiada masalah sbb ubatnya ada....kesukaran mendaki akan menjadi pengajaran dalam menghadapi pancaroba kehidupan....yg penting SEMANGAT..
June 24 at 4:52pm

Hanif Amir Pertama kali jejak kaki ke Sabah dan singgah di Timpohon Gate pada 2010 (En Hatta Mhs pun ada skali)..Tengok puncak Kinabalu, terdetik dalam hati "Bila la agaknyer aku nak sampai kat sana".. Rezeki Allah, siapa yang tahu..2 minggu selepas balik dari Sabah, abg ipar offer pakej lawatan ke Sabah dan mendaki Gunung Kinabalu (anjuran sebuah sekolah di Melaka). Tanpa fikir panjang, terus masuk nama. Terus cari kasut walaupun perginya setahun lagi..Sampaikan lagu Sayang Kinabalu tu pun dah boleh hafal..hehehe. Oktober 2011 - Menjejakkan kaki sekali lagi ke Timpohon tapi kali nie sebagai pendaki. Pendaki dilepaskan lewat (12 tghri) sebab bertindih dengan program International Climbathon. Alhamdulillah, berjaya menjejakkan kaki di puncak Low's Peak walaupun antara orang terakhir sampai pada hari tersebut. Bagi grup kami yang kebanyakannyer pertama kali ke sini, ayat "PERTAMA DAN TERAKHIR" keluar dari mulut beberapa orang. tapi saya cuma berseloroh "first and MAYBE last"... *catatan perjalanan sepanjang pendakian pertama yang membuatkan saya selalu berkata "InsyaAllah, aku akan datang lagi satu hari nanti"..
 June 24 at 4:59pm ·

Zulkifli Ahmad Gunung kedua didaki...gunung datok..dengan sedikit pengalaman yg diperolehi semasa mendaki gunung panti tempoh hari telah membuatkan diri berasa lebih bersemangat dan bersedia. Semangat setiakawan dan semangat berpasukan dapat dilihat wujud dlm diri semua peserta. Jika sebelum ini bagi pendakian di gunung panti, sebahagian peserta lebih menumpukan untuk sampai ke puncak lebih awal dari peserta lain kerana terlalu teruja. Mungkin ingin menunjukkan siapa lebih hebat...perbezaan dapat dirasakan bagi pendakian kali kedua ini..lebih manis lagi, segala penat lelah mendaki, hilang sebaik sahaja puncak ditawan walaupun struktur mukabumi gunung datok amat mencabar terutamanya bagi pendaki2 baru seperti kami...yg paling penting ialah persediaan mental & fizikal yg mencukupi, semangat yg tinggi dan yg paling penting bertawakal. Inn shaa Allah...yang susah & mustahil akan menjadi mudah...
June 24 at 10:47pm
Melody Teratai betul tu Zul.. memang ketara beza antara panti dan datuk.. di panti semuanya seakan berlumba nak tunjuk hebat yang otai gunung dah meluru ke depan memotong yang freshies, tapi ada juga yang freshies bersemangat laju ke hadapan tinggallah yang berjalan santai.. tapi Alhamdulillah di datuk bila dibuat dalam kumpulan alhamdulillah tiada yang memotong malahan sama-sama menunggu dan memberi kata-kata semangat walaupun ada juga kumpulan terjumpa dengan 2-3 orang dari kumpulan lain yang tertinggal jauh di belakang namun kami bagi semangat pada mereka untuk kejar kumpulan mereka kembali.. Syabas untuk semua Tuesday at 8:09am ·

Yat Hashim Pengalaman pertama mndaki G.Pulai (600m), thn 1986 brsama 3 org makcik sy & 2 rakannya; seronok & "jatuh cinta" dgn alam & kejadian yg tercipta oleh Allah SWT. Kemudian diikuti pelbagai aktiviti mendaki Gunung/Air Terjun(abseiling)/Jeram(white water rafting)/jelajah Gua/Berkayak di sungai/tasik/laut (1987-skrg). Setiap pengalaman trsebut pastinya ada memori tersendiri bak kata omputih ”A Journey To Remember” . Kita jadikan panduan untuk aktiviti seterusnya sehingga kita benar2 penat & surrender ”sudah cukup-cukup sudah; lotih lutut & kaki/tangan den dah tak larat” hehe. Betul kata Zul, musyawarah penting apabila kita dlm keadaan getir & hilang arah tujuan di dalam hutan. Lebih baik brkumpulan drpd berseorangan. Wpun sorang dari group pegi buang hajat/sakit, lain2 wajib tunggu. Dalam keadaan ini kita dapat lihat semangat setiakawan, kerjasama & saling bergantungan antara satu sama lain. To all; best of luck to the highest peak – G.Kinabalu!!
Tuesday at 11:58am ·

Abdul Hamid Abdul Rahman 1987, tanpa sebarang persediaan dan persiapan saya telah mengikuti seorang allahyarham kawan dengan adik-adiknya mendaki gunung pertama saya, Gunong Ledang. Pendakian yang bermula dari Asahan itu menyaksikan kami membawa seperiok nasi lemak lengkap dengan sambal dan lauk pauknya. Untuk menghidang kami juga membawa beberapa buah pinggan kaca seramik tanpa sebarang bekas air bekalan. Dipertengahan pendakian saya mengalah kerana terlalu penat dan berpatah balik. Oleh kerana terlalu dahaga dan tiada bekalan air saya telah terpaksa menjilat air yang sedang meleleh di atas batu. Pengajarannya di sini ialah persediaan dan persiapan yang cukup diperlukan untuk membuat pendakian. Peralatan yang dibawa juga mestilah sesuai dan tidak memberatkan.
Tuesday at 1:20pm ·
Ghazali Bunari Abdul Hamid Abdul Rahman mengalah? Perghhh. Tapi sekarang sudah jadi jurulatih pendakian. Ini membuktikan, kalah sekali tak semestinya kalah selama-lamanya. Dan hero kalah dulu. Tuesday at 2:04pm ·

Ag Hamdan semenjak sekolah menengah saya berminat dengan aktiviti lasak. Gunung pertama , gunung ledang iaitu pada tahun 1985 iaitu saya di tingkatan 4. biasanya saya akan berbincang dengan rakan sekampung untuk camping. Beg dan peralatan di berikan oleh pakcik yang kebetulan bertugas sebagai askar. Pingan di ambil dari Surau, gula, beras ambil di rumah. Adakalanya membawa ubi, pisang. Tiada persediaan latihan. Donet sebanyak Rm 25.00 seorang. Tanpa ada perancangan yang baik kami berjaya sampai ke puncak gunung sekitar jam 6.00 pm. sekitar 5 orang sahaja. biasanya semua menggunakan kudrat tanpa memikirkan keselamatan, tiada istilah peralatan memasak yg canggih, hanya stove, kayu 2 kecil, getah tayar,. kuali yang besar dan cerek sentiasa di gantung semasa mendaki. Istilah khemah tiada hanya menggunakan fly dan apabila malam terasa sejuk. Gambar kenangan masih di simpan sehingga kini. In Sha Allah akan di paparkan. Sehingga kini saya masih mendaki dan telah menghabiskan G7. Mendaki mengajar kita cinta Alam sekitar, berkawan , susah senang bersama, dan seribu langkah bermula dari 1 langkah. Tuesday at 5:14pm · Unlike · 4 Hanif Amir bestnyer citer abg Ag Hamdan...hehehe..teringin juga nak habiskan G7...InsyaAllah..dah rasa penangan belantara lutut bertemu dagu kat G.Tahan, tuh yang rindukan semua tuh untuk sarung "uniform" menggalas haversack merentis laluan..
Tuesday at 7:35pm ·

Py Ejal Untuk pengalaman di Gunung Panti April baru ni, boleh dibaca di sini.. http://pyejal.com/blog/?p=799. Untuk G. Datuk Insha Allah akan menyusul nanti. Ekpedisi Gunung Panti 2013 | pyejal blog pyejal.com May 2Ekpedisi Gunung Panti 2013 by pyejalNo comments yetGunung Panti dengan ketinggian 1684 kaki ini adalah salah satu gunung yang terdapat di negeri Johor. Terletak di Daerah Kota Tinggi, Gunung Panti menjadi salah satu tarikan kepada pendaki kerana lokasinya yang berhampiran dengan Air Terjun Kota...
Wednesday at 8:35am ·

PELESTARIAN HUTAN REKREASI

Soalan Refleksi Minggu Ini: Kongsikan pengalaman kalian tentang gotong royong di hutan rekreasi 20/6/2013. (100-200 patah perkataan)
June 21 at 8:33am near Johor Bahru

Benz Opc BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DIJINJIT... dapat dilihat semasa program semalam berlansung. di mana pada permulaan kerja2 berkenaan jika dilakukan hanya dalam kelompok kecil ( 1atau 2 orang ) pasti sesuatu yang memenatkan dan mengambil masa yang lama. namun semangat yang ditunjukkan amat luar biasa dan hanya dapat disiapkan dalam masa yang singkat. sekiranya pekara ini terus diperkasakan di dalam tugasan harian dalam momentum yang sama Insyallah matlamat Universiti Teknologi Malaysia untuk menjadi 50 Universiti terbaik Dunia akan tercapai . itu pandangan saya ..sekian... June 21 at 9:26am ·

Syazli Tahir Benda baru yang di pelajari...Dialognya seperti ini: Shima:Pertama kali pegang pongkes. Roslan FGHT: Yang mana pongkes??? Shima: Yang inilah (sambil menunjukkan penyodok tanah) : Roslan FGHT: Ohhh... itu piano (disertai gelak sakan rakan-rakan) ... ha..ha.. June 21 at 9:40am ·

Ag Hamdan Msj . dengan adanya program peserta dapat mengenali jenis peralatan yang sesuai bagi kerja dan kaedah menggunakan. Disamping itu kepentingan menjaga alam sekitar. Air sungai yang malas dan lesu akibat pembangunan. June 21 at 9:53am ·

Melody Teratai Menakjubkan.... di saat gotong royong berlangsung tiada istilah pegawai dan staf yang ada hanya KAMI ADALAH WARGA UTM.. Alhamdulillah, perkara seperti ini harus terus dilaksanakan disemua bahagian dan fakulti.. yang penting keikhlasan, kesungguhan serta kerjasama dalam cintakan UTM... DNA inilah yang eratkan silaturrahim antara warga UTM.. June 21 at 10:23am

Hatta Mhs semangat kerja berpasukan spt yg ditunjukkan semalam ternyata memudahkan kerja yg berat menjadi ringan; mudah dan cepat dilaksanakan! w/pn keje secara santai diselitkan dgn gurauan, mmg myeronokkan... terbaiklah team UTM High achiever Mt Kinabalu Quest 2013!! June 21 at 11:39am ·

Melody Teratai sesi refleksi, lain yang nak diperkatakan lain pula yang keluar darah gemuruh memang ada... sharing experience berkenaan hiking... meskipun ada stamina atau otot yang sasa tak menjamin keupayaan kita mendaki kerana itu adalah bonus.. aspek semangat ingin tetap mendaki walaupun slow, psycho, malah ditinggalkan jauh dari rakan2 yang laju.. yang penting matlamat tercapai sampai ke puncak... mendaki gunung bukanlah hendak tunjuk hebat sama ada kita kuat bertenaga tetapi yang sebenarnya menikmati keindahan alam semula jadi dan bersyukur betapa kerdilnya kita bila sampai di puncak yang tinggi...pokok bonsai yang kita jumpa dibawah kecil tetapi dipuncak besar2 belaka...kalau ditiup angin kita boleh melayang... itulah kebesaran Allah swt...ape pun semangat untuk sampai ke puncak dan tidak mengaku kalah pada daya graviti dan bila sahabat lain memotong barisan ... jangan mudah marah tetapi sama2 bagi sokongan... kerana mendaki gununglah kita kenal true colour diri sendiri dan siapa sahabat dan siapa lawan.. all the best semua... June 21 at 3:29pm ·

A Rahim Ramlee sesuatu yg mulia dilakukan dan benda yang perlu dikerap kan dan kalau boleh lepas ni kita mendaki dan selit kan sekali dengan aktiviti gotong royong. sbb ikut pengalaman saya tempat yg selalu kita mendaki pasti ada sampah sarap yg dibuang oleh pedaki2 lain.. dan kita letak kan sekali tanda TOLONG JAGA KEBERSIHAN agar memperingati pendaki2 lain agar hutan yang disayangi akan terus kekal sihat dan dapat dinikmati anak cucu kita kelak.. June 21 at 5:37pm

Amyrudin Mohamad kerja yang niat dengan ikhlas pasti dipermudah..contoh yang dapat dilihat masa lawatan tapak... pertama kali lihat batu2 yang tak tersusun dan longgokan tanah... keadaaan sangat tidak memberangsangkan...dalam hati boleh ker siap trek ni dalam masa yang singkat...xsangka dengan semangat gotong royong dan berpasukan formula sinergi menunjukkan hasil 1+1 = 5 .... syabas untuk semua June 21 at 6:14pm

Zulkifli Ahmad Kinabalu…sebuah impian, satu perjalanan dan puncak ditawan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu nya. Walaupun dalam keadaan cuaca berjerebu dengan bacaan Index Pencemar Udara (IPU) sekitar 190, rasa begitu bersemangat untuk meneruskan program Pelestarian Kampus bagi calon-calon peserta ‘Mount Kinabalu Quest’. Program dimulai dengan sesi ‘lecture’ oleh Naib Canselor (Pembangunan). Antara petikan dari slaid yang dirasakan amat mengesankan sekali ialah ‘kelilingi diri anda dengan orang-orang yang mampu membuatkan anda menjadi lebih baik’ (surround yourself with people who make you a better person). Dengan erti kata lain, pergaulan dengan mereka yang bersikap positif mampu menjentik minda dan merubah diri anda menjadi manusia lebih positif, kompetitif dan Unggul. Buku hasil nukilan Jim Haudan yang bertajuk ‘The Art of Engagement’ menyatakan ‘strategi boleh kelihatan sempurna di atas kertas, tetapi ia tidak bernilai jika pemimpin lupa bahawa manusia memainkan peranan utama untuk melaksanakannya’. Petikan ini mampu menggambarkan bahawa untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan di antara satu sama lain tanpa perlu ada perbezaan dan sempadan. Itulah juga yang telah disebut oleh YBhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Zaini bin Ujang di dalam buku beliau yang bertajuk Menyuburkan Kembali Jiwa Akademia. Beliau menyatakan bahawa bidalan ‘dengan semangat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, akan sentiasa menjadi sifat organisasi yang menggambarkan warga dan kerangka UTM, menjelaskan susuk dan jiwa UTM, menonjolkan kewibawaan warga dan keanjalan sistem yang membolehkan UTM sentiasa relevan dan menyerlah di pentas nasional dan global’. June 22 at 12:41pm

Mohtar Sahiman Projek dapat disiapkan dlm masa kurang 2 jam adalah sangat menakjubkan.Ianya bukan setakat semangat setia kawan yg tinggi tetapi ditambah dengan keadaan fizikal yg semakin mantap. Mungkin itulah impak dari mengikuti latihan yg dibuat secara bersungguh sungguh dan berterusan. Syabas dan tahniah semua. June 22 at 9:35pm ·

Aryani Arnida Ismail walaupun tidak turut serta dalam aktiviti hari Khamis yang lepas, namun saya dapat rasakan keakraban dan semangat berpasukan you all....rugi kerana tak dapat turut serta....kerana masalah kesihatan dan final exam.....jauh di sudut hati gembira dengan semangat dan hasil kerjasama kalian...terbuktilah sebahagian dr matlamat telah tercapai....pengalaman ketika mendaki buat kali pertama ini suatu pengalaman yg tak dpt dilupakan...wpun penah ditinggalkan seorang diri...tapi semangat ke puncak tetap diteruskn...jika kalian boleh..kenapa tidak saya mencuba wpun sebenarnya,,kaki hampir rebah ke bumi...benarlah mental kena kuat dan semangat dari kekwn amatlah perlu bg terus mencapai impian ke puncak.....terima kasih pada kalian sahabat baruku...terima kasih...terharu dengan semangat kalian yang membara terutama yang otai-otai tu..tahniah...kalianlah sumber inspirasi...

TOPIK-TOPIK


  1. Gunung Pertama* 
  2. Kecederaan / Kemalangan* 
  3. Gotong Royong Hutan Rekreasi* 
  4. Latihan Kecergasan Pemakanan 
  5. Kecederaan Di Dalam Hutan 
  6. Kisah Lucu Di Dalam Hutan 
  7. Peralatan Mendaki Gunung "Favret." 
  8. Gunung Panti 
  9. Gunung Datuk 
  10. Gunung Belumut 
  11. Gunung Nuang 
  12. Gunung Ledang 
  13. Gunung Kinabalu 
  14. Mendaki Sebagai Kaedah Motivasi - Prof Wahid 
  15. Temubual Dengan Jurulatih - Etika Pendaki Gunung - En Hamid