Friday, 28 June 2013

PELESTARIAN HUTAN REKREASI

Soalan Refleksi Minggu Ini: Kongsikan pengalaman kalian tentang gotong royong di hutan rekreasi 20/6/2013. (100-200 patah perkataan)
June 21 at 8:33am near Johor Bahru

Benz Opc BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DIJINJIT... dapat dilihat semasa program semalam berlansung. di mana pada permulaan kerja2 berkenaan jika dilakukan hanya dalam kelompok kecil ( 1atau 2 orang ) pasti sesuatu yang memenatkan dan mengambil masa yang lama. namun semangat yang ditunjukkan amat luar biasa dan hanya dapat disiapkan dalam masa yang singkat. sekiranya pekara ini terus diperkasakan di dalam tugasan harian dalam momentum yang sama Insyallah matlamat Universiti Teknologi Malaysia untuk menjadi 50 Universiti terbaik Dunia akan tercapai . itu pandangan saya ..sekian... June 21 at 9:26am ·

Syazli Tahir Benda baru yang di pelajari...Dialognya seperti ini: Shima:Pertama kali pegang pongkes. Roslan FGHT: Yang mana pongkes??? Shima: Yang inilah (sambil menunjukkan penyodok tanah) : Roslan FGHT: Ohhh... itu piano (disertai gelak sakan rakan-rakan) ... ha..ha.. June 21 at 9:40am ·

Ag Hamdan Msj . dengan adanya program peserta dapat mengenali jenis peralatan yang sesuai bagi kerja dan kaedah menggunakan. Disamping itu kepentingan menjaga alam sekitar. Air sungai yang malas dan lesu akibat pembangunan. June 21 at 9:53am ·

Melody Teratai Menakjubkan.... di saat gotong royong berlangsung tiada istilah pegawai dan staf yang ada hanya KAMI ADALAH WARGA UTM.. Alhamdulillah, perkara seperti ini harus terus dilaksanakan disemua bahagian dan fakulti.. yang penting keikhlasan, kesungguhan serta kerjasama dalam cintakan UTM... DNA inilah yang eratkan silaturrahim antara warga UTM.. June 21 at 10:23am

Hatta Mhs semangat kerja berpasukan spt yg ditunjukkan semalam ternyata memudahkan kerja yg berat menjadi ringan; mudah dan cepat dilaksanakan! w/pn keje secara santai diselitkan dgn gurauan, mmg myeronokkan... terbaiklah team UTM High achiever Mt Kinabalu Quest 2013!! June 21 at 11:39am ·

Melody Teratai sesi refleksi, lain yang nak diperkatakan lain pula yang keluar darah gemuruh memang ada... sharing experience berkenaan hiking... meskipun ada stamina atau otot yang sasa tak menjamin keupayaan kita mendaki kerana itu adalah bonus.. aspek semangat ingin tetap mendaki walaupun slow, psycho, malah ditinggalkan jauh dari rakan2 yang laju.. yang penting matlamat tercapai sampai ke puncak... mendaki gunung bukanlah hendak tunjuk hebat sama ada kita kuat bertenaga tetapi yang sebenarnya menikmati keindahan alam semula jadi dan bersyukur betapa kerdilnya kita bila sampai di puncak yang tinggi...pokok bonsai yang kita jumpa dibawah kecil tetapi dipuncak besar2 belaka...kalau ditiup angin kita boleh melayang... itulah kebesaran Allah swt...ape pun semangat untuk sampai ke puncak dan tidak mengaku kalah pada daya graviti dan bila sahabat lain memotong barisan ... jangan mudah marah tetapi sama2 bagi sokongan... kerana mendaki gununglah kita kenal true colour diri sendiri dan siapa sahabat dan siapa lawan.. all the best semua... June 21 at 3:29pm ·

A Rahim Ramlee sesuatu yg mulia dilakukan dan benda yang perlu dikerap kan dan kalau boleh lepas ni kita mendaki dan selit kan sekali dengan aktiviti gotong royong. sbb ikut pengalaman saya tempat yg selalu kita mendaki pasti ada sampah sarap yg dibuang oleh pedaki2 lain.. dan kita letak kan sekali tanda TOLONG JAGA KEBERSIHAN agar memperingati pendaki2 lain agar hutan yang disayangi akan terus kekal sihat dan dapat dinikmati anak cucu kita kelak.. June 21 at 5:37pm

Amyrudin Mohamad kerja yang niat dengan ikhlas pasti dipermudah..contoh yang dapat dilihat masa lawatan tapak... pertama kali lihat batu2 yang tak tersusun dan longgokan tanah... keadaaan sangat tidak memberangsangkan...dalam hati boleh ker siap trek ni dalam masa yang singkat...xsangka dengan semangat gotong royong dan berpasukan formula sinergi menunjukkan hasil 1+1 = 5 .... syabas untuk semua June 21 at 6:14pm

Zulkifli Ahmad Kinabalu…sebuah impian, satu perjalanan dan puncak ditawan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu nya. Walaupun dalam keadaan cuaca berjerebu dengan bacaan Index Pencemar Udara (IPU) sekitar 190, rasa begitu bersemangat untuk meneruskan program Pelestarian Kampus bagi calon-calon peserta ‘Mount Kinabalu Quest’. Program dimulai dengan sesi ‘lecture’ oleh Naib Canselor (Pembangunan). Antara petikan dari slaid yang dirasakan amat mengesankan sekali ialah ‘kelilingi diri anda dengan orang-orang yang mampu membuatkan anda menjadi lebih baik’ (surround yourself with people who make you a better person). Dengan erti kata lain, pergaulan dengan mereka yang bersikap positif mampu menjentik minda dan merubah diri anda menjadi manusia lebih positif, kompetitif dan Unggul. Buku hasil nukilan Jim Haudan yang bertajuk ‘The Art of Engagement’ menyatakan ‘strategi boleh kelihatan sempurna di atas kertas, tetapi ia tidak bernilai jika pemimpin lupa bahawa manusia memainkan peranan utama untuk melaksanakannya’. Petikan ini mampu menggambarkan bahawa untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan di antara satu sama lain tanpa perlu ada perbezaan dan sempadan. Itulah juga yang telah disebut oleh YBhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Zaini bin Ujang di dalam buku beliau yang bertajuk Menyuburkan Kembali Jiwa Akademia. Beliau menyatakan bahawa bidalan ‘dengan semangat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat, akan sentiasa menjadi sifat organisasi yang menggambarkan warga dan kerangka UTM, menjelaskan susuk dan jiwa UTM, menonjolkan kewibawaan warga dan keanjalan sistem yang membolehkan UTM sentiasa relevan dan menyerlah di pentas nasional dan global’. June 22 at 12:41pm

Mohtar Sahiman Projek dapat disiapkan dlm masa kurang 2 jam adalah sangat menakjubkan.Ianya bukan setakat semangat setia kawan yg tinggi tetapi ditambah dengan keadaan fizikal yg semakin mantap. Mungkin itulah impak dari mengikuti latihan yg dibuat secara bersungguh sungguh dan berterusan. Syabas dan tahniah semua. June 22 at 9:35pm ·

Aryani Arnida Ismail walaupun tidak turut serta dalam aktiviti hari Khamis yang lepas, namun saya dapat rasakan keakraban dan semangat berpasukan you all....rugi kerana tak dapat turut serta....kerana masalah kesihatan dan final exam.....jauh di sudut hati gembira dengan semangat dan hasil kerjasama kalian...terbuktilah sebahagian dr matlamat telah tercapai....pengalaman ketika mendaki buat kali pertama ini suatu pengalaman yg tak dpt dilupakan...wpun penah ditinggalkan seorang diri...tapi semangat ke puncak tetap diteruskn...jika kalian boleh..kenapa tidak saya mencuba wpun sebenarnya,,kaki hampir rebah ke bumi...benarlah mental kena kuat dan semangat dari kekwn amatlah perlu bg terus mencapai impian ke puncak.....terima kasih pada kalian sahabat baruku...terima kasih...terharu dengan semangat kalian yang membara terutama yang otai-otai tu..tahniah...kalianlah sumber inspirasi...

No comments:

Post a Comment